Cicakman (francais)
Cicakman (francais)

Cicakman (francais)

Cicak-Man (juga disebut Cicakman) ialah sebuah francais media Malaysia yang berkisarkan kepada siri filem adiwira terbitan KRU Studios. Francais ini juga termasuk novel, komik, permainan muda alih dan siri animasi TV. Filem pertamanya dikeluarkan pada 2006, yang memulakan tetralogi asal filem yang berkisarkan tentang adiwira eponim.[1][2] Berdasarkan kutipan menggalakkan untuk filem pertama, kesinambungannya telah diterbitkan pada 2008, diikuti dengan filem terakhirnya yang diterbitkan pada 2015. Hanya filem pertama dalam francais ini yang berjaya secara komersial berbanding dengan sambutan terhadap dua filem berikutnya. Saiful Apek, Fasha Sandha, Yusry Abdul Halim, Aznil Nawawi, AC Mizal dan Adlin Aman Ramlie merupakan barisan pelakon tetap untuk dua filem pertama. Untuk filem ketiga, Zizan Razak, Lisa Surihani dan Fizz Fairuz menggantikan barisan pelakon asal dua filem terdahulu. Kesemua tiga filem dalam francais ini mendapat ulasan positif dan bercampur-campur. Filem utamanya dikenali sebagai Trilogi Cicakman. Runut bunyinya juga dikeluarkan untuk kesemua tiga filem dalam francais ini.

Rujukan

WikiPedia: Cicakman (francais) http://cicakman.com http://www.dailyseni.com/index.php/home/news/item/... http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid... http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Hibu... http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Monday/Se... http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Sunday/Be... http://www.hmetro.com.my/node/35108 http://www.hmetro.com.my/node/38947 http://www.sinemamalaysia.com.my/main/index.php?mo... http://www.sinemamalaysia.com.my/main/index.php?mo...